Tips-tips penjagaan arnab

Sekiranya anda mahu membeli arnab pastikan arnab tersebut berumur lebih kurang 2 bulan (8 minggu).Meskipun arnab kurang comel pada masa ini,tetapi risiko kematian dapat dielakkan.Ini kerana arnab muda masih memerlukan susu ibunya untuk mengimbangi PH didalam perut arnab ini.Walaupun pada asasnya arnab berusia 2 minggu sudah mula pandai makan & minum sendiri,tetapi pada hakikatnya ia masih perlu bergantung pada bekalan susu ibunya.Ada juga sesetengah penternak mula menjual hasil ternakan mereka pada usia 27 hari,45 hari dan 60 hari.Bergantung pada permintaan.Sebaiknya dapatkan arnab dari peniaga yang arif dan seboleh-bolehnya dapatkan juga tarikh lahir arnab tersebut kerana dari situ kita boleh tahu umur sebenar arnab itu,kalau beruntung mungkin juga tarikh lahir arnab itu sama dengan anda..boleh potong kek sama-sama.

Jangan menukar makanan arnab sesuka hati kerana penukaran diet secara mengejut akan menyebabkan cirit-birit.Sekiranya arnab anda diserang cirit anda cuma mempunyai masa lebih kurang 6 jam sahaja untuk merawatnya.Andainya anda mahu menukar makanan arnab sila campurkan makanan lama dengan yang baru dalam nisbah 1:3 .Tambahkan makanan baru lebih sedikit dan kurangkan makanan lama keesokan harinya.Ulang proses tersebut sehingga arnab boleh menerima makanan baru dan najis arnab normal.

Sekiranya anda memelihara lebih dari seekor arnab dan salah satu darinya diserang penyakit sila asingkan secepat mungkin.Sekiranya kawasan anda luas asingkan dengan jarak lebih kurang 10 meter.Andainya kawasan anda sempit cukuplah sekadar diasingkan sangkar dengan sedikit jarak.

Arnab suka memasukkan kakinya kedalam mangkuk minuman,kemudian akan minum balik air tersebut.Sekiranya anda memberikan arnab anda minum menggunakan mangkuk sebaiknya tukar minuman tersebut sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk mengelakkan jangkitan virus.Bekas minuman tergantung adalah lebih baik,bersih dan selamat.

Bulu arnab amat mudah kotor.Sekiranya arnab anda kotor,jangan mandikan arnab tersebut,kekerapan memandikan arnab akan menjadi punca serangan paru-paru berair kerana paru-paru arnab amat sensitive.Sebaiknya lapkan sahaja bahagian yang kotor.Sekiranya perlu memadai dengan menyembur dry shampoo sahaja.dry shampoo boleh didapati di pet shop.

Jangan pegang telinga arnab anda.Seelok-eloknya pegang belakang arnab seperti memegang anak kucing.Elakkan perkara ini kerana telinga arnab amat sensitive dan kebanyakan urat-saraf arnab terletak dibahagian ini.Tulang arnab amat lembut dan mudah patah.

Arnab perlu diletakkan ditempat yang sunyi,selamat,dan kurang lawatan manusia. Bunyi bising boleh mengganggu pertumbuhan arnab.Sebaik-baik kandang adalah yang banyak menggunakan dawai daripada kayu supaya najis & air kencing arnab terus jatuh ke bawah dan mengelakkan najis dari tersangkut diatas kandang..Kandang dawai lebih mudah dibersihkan.Gunakan dawai yang anti-karat.Kandang kayu pula agak susah dibersihkan terutamanya percikan urine.Manakala kandang besi pula mudah karat dan cara pembersihannya lebih susah.Seelok-eloknya bersihkan kandang anda setiap hari.

Jangan letakkan 2 ekor arnab jantan yang berumur 4 bulan keatas didalam kandang yang sama kerana ia akan menandakan kawasan/kandangnya dengan percikan urine.penceroboh akan diserang.Sekiranya anda mahu mengahwinkan arnab,pastikan arnab sudah betul-betul matang.Usia matang bagi seekor arnab adalah 5 -6 bulan,walaubagaimanapun seeloknya arnab betina berusia 6-8 bulan supaya dia berkebolehan untuk menjaga dan menyusukan anaknya apabila beranak nanti.Masukkan arnab betina didalam kandang arnab jantan.Waktu terbaik untuk mengawan adalah pagi dan petang.Arnab jantan boleh mengawan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.Andainya arnab betina belum matang tetapi sudah beranak,arnab tersebut tidak pandai menyusukan anaknya sendiri.Anda boleh membantu dengan memberikan susu kucing yang terdapat dipasaran dengan menggunakan berus lukisan.Saya tidak galakkan anda memberi susu menggunakan syringe kerana takut menyebabkan anak arnab tersedak .Kita juga tidak boleh mengganggarkan kelajuan air susu sekiranya menggunakan syringe.Berus lukisan lebih selamat kerana ia akan menitis setitik demi setitik. letakan berus di tepi mulut anak arnab.Anak arnab yang kenyang menyusu dapat dilihat dari perutnya yang cembung dan nampak putih.(warna susu).Kebiasaannya ibu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam.

Ibu arnab bunting amat garang pada ketika ini,walaupun anda sudah biasa dengannya ada kalanya dia akan menggigit anda sekiranya dia merasa terancam.Arnab bunting memerlukan tempat yang luas dan makanan yang mencukupi.Asingkan juga ia dari pejantan.Secara psikologinya tempat yang luas dan selesa serta makanan yang mecukupi antara pendekatan terbaik supaya ibu merasa semua kemudahan tersebut adalah mencukupi untuk dia dan anak-anaknya kelak.Ia juga dapat mengelakkan ibu dari memakan anaknya yang baru dilahirkan.Sesetengah orang berpendapat ibu arnab akan merasakan lebih baik anaknya mati daripada tidak cukup makan dan tiada ruang untuk bergerak.Saya telah mencuba sendiri pada ibu arnab yang bergelar Canibalism.(asal beranak je anak mesti kena makan la,kena gigit telnga la,makan kaki sikit la, abih BKU arnab saya.(Binatang Kurang Upaya).Ibu calibalism ini didapati bunting lagi lalu saya praktikkan apa yang telah saya pelajari.Syukur eksperiment ini menjadi dan sehingga kini ibu yang sepatutnya disembelih awalnya tadi saya biarkan terus hidup menikmati keenakan pallet dan sedikit makanan tambahan lain.Antara tanda-tanda arnab bunting akan melahikan anak adalah dengan mencabut bulu didadanya. untuk memanaskan anak yang bakal lahir.Ada juga arnab ang tidak mencabut bulunya,kata orang tua-tua arnab sebegini tidak pandai menjaga anak.Entah lah terserah mahu percaya atau tidak..saya sendiri masih dalam proses mengenal hati budi arnab berperangai pelik ini.Dari pemerhatian saya ada juga ibu arnab yang tidak mencabut bulu pada hari dia melahirkan tetapi mencabut bulu pada keesokan harinya (berlaku pada ibu Dutch & local saya).Yang pasti ibu harus menjilat anak-anaknya tanda sayang sejurus selepas melahirkan.andainya anda ter excited dan terpegang anak-anak arnab yang baru lahir ini,pastikan anda menciumkan tangan anda pada hidung ibunya supaya dia kenal dengan bau anda & anaknya.

Dapatkan sabut kelapa dan berikan arnab anda menggigit sabut kelapa tersebut untuk mengasah gigi.Sabut kelapa adalah sumber alkali untuk mencegah cirit -birit,mengasah gigi dan meneutralkan asid usus.

Seminggu sekali anda perlu groom arnab terutama yang berbulu gebu/tebal seperti anggora,English anggora,lion head,teddy bear,woody toy,jersey wooley dan turkish anggora.Caranya dengan membeli sikat arnab dan bedak baby johnson.Bulu arnab perlu disikat dahulu untuk mengelakkan Hair Ball (rambut bergumpal).kemudian sapukan bedak keseluruh badan arnab Selain wangi arnab anda akan nampak lebih gebu.Sekiranya anda mempunyai lebih masa sikat bulu arnab setiap hari untuk hasil yang lebih memuaskan.