Wednesday, April 25, 2012

Tahun ini BBC lebih fokus  kepada baka Rex.Terdapat 3 jenis baka Rex didalam jagaan BBC iaitu Standard Rex,Satin Rex & Mini Rex.Rex juga lebih dikenali sebagai baka bulu karpet oleh sesetengah orang.Bulunya yang padat dan kemas selalu menarik perhatian tuan punya yang malas menyikat/menggunting bulu.Ia lebih mudah dijaga berbanding arnab dari jenis yang berbulu kembang.Rex tidak memerlukan ruang yang besar & menu makan yang cukup jimat iaitu pemberian pallet cuma 60 gram sahaja sehari.Ruang yang terhad juga dapat mengurangkan stress  pada rex.Kandang rex pula perlu dilapik dengan floor mat/pelapik lantai licin yang selalu digunakan ditandas/bilik air untuk meengelakkan ia menjadi sorehock.Makanan tambahan yang boleh diberikan sesekali ialah alfalfa,oat,hay & sayur lebihan dapur@ sedikit buah epal/pear.(buah lebih kurang potong sebesar 1/2 jari sahaja)Sekiranya anda memberikan buah/sayuran anda tidak perlu membekalkan air kerana kandungan air yang terdapat pada sayur/buah sudah mncukupi untuk rex.Tujuan pemberian makanan tambahan adalah untuk menjaga bulu & kualiti rex tersebut.

 Keluarga Bunnies Biz Centre.

Standard Rex jantan (Kacang)

Mini Rex jantan (Brabor)

 
Satin rex Jantan (Eithan)

Mini Rex Betina (Seera)


Satin Rex Betina (Imelda)


Standard Rex Betina (Tinta)


Standard Rex Jantan (Newhill's Gambit)

Standard Rex Betina (Bulan)

anak Kacang & Juli (Lessy) arnab kesayangan adik aku adirabbit.

 
anak-anak kacang & Juli (6 budak nakal)

Thursday, March 8, 2012

Agak lama saya tidak update blog ini.hari ini mungkin kerana masa kerja yang terlalu panjang menjadikan saya cuba meng"update" blog ini.Sekurang-kurangnye dapat menghilangkan rasa mengantuk.Sewaktu orang lain sedang lena saya bersengkang mata.emm....bermula lah sesi merapu saya untuk hari ini.

Hampir setahun menyepikan diri,saya berusaha keras menaikkan nama BBC...meskipun tidak sampai ke arena antarabangsa cukup lah sekadar jaguh kampung.Tahun 2012 merupakan tahun ke -4 BBC bertapak.Tahun ini kami menyusun strategi baru dalam bidang penternakan.Bidang yang tidak ramai orang ceburi.Bidang yang memerlukan kami bergelumang dengan najis arnab.Baka BBC juga telah semakin berkembang menjadi 22 spesis.Apa yang kami banggakan adalah kebanyakannya merupakan arnab import hasil titik peluh warga BBC dan semua share holder.Disini saya uploadkan species terbaru dalam keluarga BBC iaitu Rex yang merangkumi Standard Rex,Satin Rex & Mini Rex.