New Member of BBC...(Not For Sale)

Salam,

Species-species dan baka-baka terbaru yang kami ada buat masa ini.Lebih kepada untuk koleksi suka-suka.Saja up-load untuk menjeleskan kengkawan semua.ha,ha,ha,(Gelak Jahat)

"Emelda" Species Rex Satin (Betina)


"Eithan" Species Rex Satin (Jantan) 

"Delia & Delaila" Species Teddy Bear (Betina) Macam kembar je deorang neh...memang ye pun kembar seko besar,seko kecik.Yang Besar (Delaila) suka sangat main air.Delia agak pendiam...sopan-sopan je gayanya macam saya..Agaknya yang species kecik-kecik ni memang diciptakan sopan -santun kot..keh,keh,keh..

"Dona" Species EA...Betina

"Lulu" Species Teddy Bear Betina.Pernah dibeli oleh orang dan dipulangkan balik kerana kurang comel dan selalu sakit.Owner lama ambil yang lain ,yang lebih vouge dan mengancam.Hasil dari kesabaran kami,sekarang lulu diintai oleh ramai customer BBC kerana kecomelannya dan saje kami letak kat entrance door.Jadi maskot..kuang,kuang,kuang...


"Rainbow" Species Guinea Pig Sheltie.Nama yang diberikan oleh Tasya anak salah seorang share holder BBC.Cute,pandai bermesra dengan orang dan sekarang dalam proses bunting...harap-harap anak dia nanti sihat dan cute macam ibu dia.Sering menjadi perhatian pelanggan-pelanggan BBC kerana sifat malu-malu guinea pig nye...



"Brabus"Si jantan kabaret Species lop ear.Antara lop kesayangan kerana dia merupakan penyambung zuriat Kucci (ibunya) yang telah mati semasa didalam pantang kerana stress.Sekarang sudah pandai mengintai anak-anak dara di kandang sebelah...seleranya mahu yang cantik dan slim sahaja,bagi yang obesiti...x layan langsung..tinggi selera ko brabus.

Koko dan keluarganya.Species Guinea Pig Abbasynian.Koko antara GP yang mengamalkan konsep poligami dan duduk serumah dengan semua isteri-isterinya.Koko pandai mengatur keharmonian rumah tangganya dengan menyusun isterinya beranak bergilir-gilir sekarang anak koko ada 11 ekor dari 4 ibu.Teruk la kalau nak sekolah esok koko...letih ko nak kira duit belanja deorang..kui,kui,kui

itu saja untuk hari ini..nanti ada mase free saya sambung lagi..