Perkhidmatan Kami

Salam,

Kepada semua sahabat BBC cuba memberikan yang terbaik untuk anda.Meskipun kedai kami belum siap sepenuhnya,atas permintaan ramai BBC menyediakan perkhidmatan seperti berikut.

1)Rawatan perubatan-untuk kurap,cacing & kutu.-Percuma untuk arnab yang anda beli dari BBC dan sedikit bayaran untuk arnab dari tempat lain.

2)Ibu tumpang-Sekiranya arnab anda baru lahir dan ibunya telah mati sila hantarkan kepada kami supaya kami dapat membantu dengan memberikan ibu angkat/ibu susuan.Sebaik-baiknya dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan.Kalau dah 2 ari pun tak pe tapi kesian la pada si comel tadi.-percuma dan tak kisah arnab dari manapun.

3)Pets Hotel-Andainya anda mahu balik kampung,Bercuti,outstation dan sebarang acara,anda boleh meninggalkan arnab anda pada kami untuk jagaan sementara.Anda akan dikenakan charge RM2 sehari.Anda perlu membawa makanan harian & kesukaan arnab anda sendiri sebelum meninggalkannya diatas jagaan kami.

4)Menjual pelbagai aksesori untuk arnab.penjagaan dari dari kepala sampai kaki.Masih dalam proses kerana kedai kami belum siap sepenuhnya.

5)Menerima tempahan membuat kandang arnab berasaskan dawai & kayu.-Mengikut permintaan pelanggan.

6)Menjual makanan arnab.-Lebih kepada Gold Coin.RM45 seguni dan RM2.50 sekilo.Anda perlu ambil sendiri bagi kawasan jajahan luar dari Sabak Bernam/Sungai Besar.Kawasan sabak Bernam/Sungai Besar penghantaran percuma.

7) Perkhidmatan mengahwinkan arnab.Percuma.Terpulang pada budi bicara pemilik asal arnab kerana sebarang pemberian anda yang boleh dijadikan wang akan terus disalurkan ke Rumah anak yatim Anak Kesayanganku (Rawang),rumah orang tua (Raub) dan badan-badan amal yang lain. Impian terbaru kami adalah mengumpul wang hasil jualan arnab untuk membeli kerusi roda dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah,Sabak Bernam.

8) Menjual pelbagai species arnab dengan harga yang berpatutan.Anda boleh melihat sendiri dan memilih baka yang anda perlukan.

9) Perkhidmatan Grooming arnab.Untuk arnab yang berbulu tebal.Kami akan groom supaya nampak comel dan gebu tanpa hairball (bulu bergumpal)

10)Daging Arnab segar-he,he,he murah je RM25 sekilo.Dah siap proses skali sampai rumah tinggal masuk dlm kuali.

Kami cuma mahir tentang arnab,haiwan kesayangan lain seperti hamster,kucing parsi,kura-kura dan ikan laga Minta maaf kami tidak sediakan.Kami baru belajar mengenali dunia guinea pig/arkus/marmud/wonder pets.

Terima kasih.Sekiranya ada sebarang pertanyaan  atau komen anda tentang perkhidmatan kami,sila hubungi kami @ we can get each other thru email or facebook supaya kami boleh perbaiki lagi taraf perkhidmatan kami pada masa depan.