kandang arnab


Sekiranya anda mahu membuat kandang sendiri,pastikan kandang dibina arah matahari terbit dan terbenam untuk mengelakkan kawasan menjadi lembab.Keadaan sangkar yang lembab akan menyebabkan organisma -organisma pembawa penyakit mudah membiak & merebak.Sekiranya arnab anda diserang penyakit sila asingkan secepat yang mungkin untuk mengelakkan ia merebak kepada yang lain.Dibawah ini adalah kandang arnab saya yang pertama.


kandang 2009.


Oleh kerana jumlah arnab yang semakin bertambah saya upgrade jadikan 2 tingkat.Tetapi keadaan sangkar sebegini sebenarnya mengundang pelbagai penyakit kerana selain tertutup, najis yang diatas akan jatuh kebawah.Agak sukar untuk membersihkan kawasan.Kandang buluh pula nampak kemas tetapi banyak najis yang tersangkut diantara celahan buluh.Setiap bulan perlu buat Through cleaning...em ngat kat tempat kerja je kena buat TC kat kandang pun kena gak.

Kandang 2010






hari demi hari saya belajar dari pengalaman.Arnab saya pernah mati hampir 5 ekor sehari kerana serangan virus.terutama di kawasan kandang buluh.BBC Maju setapak lagi..inilah dia kandang baru..sama x anak Nedherland Dwarf ngan orang yang kat belakang tu..jawapannya... sama-sama gelap..hi,hi,hi jgn marah owner BBC.Kandang ini lebih luas,kemas dan yang paling penting boleh maintain kebersihannya.Masalah baru timbul..Mak saya suka bela itik.adik saya suka bela ayam kampung,saya pulak suka bela arnab.Masalah utama bila bercampur semuanya maka datanglah macam-macam jenis penyakit.Ayam dan itik suka berkeliaran dikawasan kebun.Persentage untuk haiwan kesayangan mak dan adik saya membawa hama dan patogen -patogen lain amat cerah bila gangster-gangster ini balik dan beristirehat dibawah kandang arnab sambil makan pallet Gold Coin yang ditumpahkan oleh arnab saya. Itu belum lagi ayam menghadiahkan kuih-kuihnya diatas kandang arnab saya..geram juga..macamana nak buat ni..Adalah saya pagarkan sedikit tanah untuk tempat ayam dan itik mereka di belakang rumah.Tapi mak tak setuju..susah nak pergi kebelakang la,jauh la,macam-macam alasan...idea..oh..idea..mana kau..

Kandang 2011 1st phase
(dah selamat saya robohkan pun)


Saya telah membuat analisis.Dan akhirnya kandang dibawah adalah penyelesainya.Saya ambil kawasan berpagar jaring yang mak & adik saya tak nak.Kemudian arnab saya pindahkan ke situ..akhirnya datang juga idea gile ni.2 hari bergelumang dengan paku & tukul.Tangan dah biasa pegang pen.(suami saya bukan saya ye).bila pegang tukul inilah hasilnya.Tak roboh kalau dilangar nyamuk pun dah cukup baik..Mak & adik senyum menang.Saya pun senyum gak sebab selamatlah arnab saya dari ancaman gangster-gangster tak berdaftar tu.

Kandang 2011 2nd phase


Dibawah ini adalah contoh-contoh kandang arnab yang terdapat di Malaysia.

Kandang Kayu (lebih kepada lot banglo) biasanya digunakan untuk memelihara 1-2 ekor arnab kesayangan.letak depan rumah confirm arnab ngan rumahnya sekali lesap.cantik sangat..


Nest Box 1
 Sejenis kotak kayu yang dibuat untuk baby arnab supaya dapat memanaskan badan dan mengelak daripada terkeluar dari kandang.Takut terpijak ibunya.


Nest Box 2
Gaya yang lebih elegant untuk anak arnab bermastautin didalamnya.Dapat berehat tanpa gangguan daripada sesiapa.Penuh warna -warni dan ceria.

Kandang Kayu

Untuk 1-2 ekor arnab sahaja.Kebiasaanya jadi kediaman rasmi arnab elit (arnab orang kaya).



 Kandang dalam rumah
Hanya untuk arnab yang telah dilatih toilet train sahaja.Pastikan juga perabot anda dari jenis yang kalis gigitan kerana fitrah arnab diciptakan suka menggigit terutama peralatan kayu dan wayar.


Kandang Bertingkat
Lebih kemas,efisyen dan menjimatkan ruang.Biasanya digunakan oleh penternak/pemilik yang mempunyai lebih dari 10 ekor arnab.


Kandang Besi
Paling mudah ditemui.Banyak dijual di kedai binatang.Sesuai untuk kucing,anjing dan arnab.Pelbagai saiz.Boleh diletak kat dalam/luar rumah.Kapasiti bergantung pada keluasan kandang.



oklah kengkawan itulah tadi contoh kandang yang terdapat di malaysia.sebenarnya ada banyak lagi jenis kandang bergantung pada kreativiti pemilik sendiri.Opps..gambar-gambar kandang tadi saya ambil dari internet ye..jangan salah sangka plak.