Thursday, March 8, 2012

Agak lama saya tidak update blog ini.hari ini mungkin kerana masa kerja yang terlalu panjang menjadikan saya cuba meng"update" blog ini.Sekurang-kurangnye dapat menghilangkan rasa mengantuk.Sewaktu orang lain sedang lena saya bersengkang mata.emm....bermula lah sesi merapu saya untuk hari ini.

Hampir setahun menyepikan diri,saya berusaha keras menaikkan nama BBC...meskipun tidak sampai ke arena antarabangsa cukup lah sekadar jaguh kampung.Tahun 2012 merupakan tahun ke -4 BBC bertapak.Tahun ini kami menyusun strategi baru dalam bidang penternakan.Bidang yang tidak ramai orang ceburi.Bidang yang memerlukan kami bergelumang dengan najis arnab.Baka BBC juga telah semakin berkembang menjadi 22 spesis.Apa yang kami banggakan adalah kebanyakannya merupakan arnab import hasil titik peluh warga BBC dan semua share holder.Disini saya uploadkan species terbaru dalam keluarga BBC iaitu Rex yang merangkumi Standard Rex,Satin Rex & Mini Rex.