Friday, April 29, 2011

Dari Town Planner ke Rabbit Planner

Salam,

faena adalah gabungan nama saya (Aina Junainah) dan suami (Raja Rosafaizal).Sekiranya orang memanggil saya dengan nama Faena automatik saya tahu mereka adalah kenalan dari BBC.Saya pernah belajar di UITM sri Iskandar,Bota Perak dalam bidang Town & Regional Planning,tetapi itu semua sekadar mengaburi mata ibu & bapa saya.Habis belajar saya tidak bekerja dalam bidang itu pun...Saya bekerja didalam bidang perhotelan dalam pada itu saya minat menternak dan bercucuk tanam.Suami saya pula didalam bidang information Technologies.Dia mungkin la bekerja didalam bidang yang dia belajar. Kami mempunyai minat yang sama terutama didalam bidang penternakan.Tidak tahu mahu menternak apa,kami pernah berbincang bersama.Saya takut lembu sudah la besar ada tanduk pulak tu..ada harapan kena kejar terutama kalau berbaju merah,kambing pula berbunyi bising dan perlu diasap setiap hari belum lagi kalau mahu beranak perlu juga menjadi bidannya,ikan keli pula perlu tukar air sekurang-kurangnya seminggu sekali dan sudah terlalu banyak orang menternak.cacing & lintah..sorilah saya nak sentuh..ayam ..saya takut ayam,pegang apatah lagi, anak-anak ayam ampun saya tak berani sentuh..bagi makan setakat lempar-lempar tu boleh la.Makan daging lembu,kambing,keli dan ayam saya tak de masalah..telan je..perut ala-ala rubbish bag..em..apa kata bela arnab pada masa itu tahun 2009 arnab tidak sepopular sekarang dan belum ramai orang menceburinya.Tetapi daging arnab saya takut nak makan,lagi-lagi tengok yang berbulu gebu..alahai ciannya..

Bayangkan itu seafood..kata suami saya..mana mau nya..dah set kat otak itu arnab..arnab la..sampai hari ini saya masih fail untuk menjamah daging arnab.Semua orang kata sedap..bila la nak datang seru untuk saya jamah daging arnab ini..

Saya berkongsi penternakan dengan seorang kawan sekerja Pn Halimah dan Suaminya En Mazlan.Dari mereka tidak membuat apa-apa Biz bila pencen nanti kami sepakat mengusahakan BBC.sokongan dan sporting dari rakan kongsi saya adalah pemangkin kepada kami untuk terus berusaha menaikkan BBC.Terima Kasih Abg Lan dan Kak Limah.

Kami pernah saja-saja tanya pada pihak Bank Pertanian..boleh ke Kami buat pinjaman untuk ternakan pada Expo mini MAHA 2010 di sungai Besar.Jemput duduk Cik..em..ada karisma cara orang ini bercakap..Soal mereka Cik nak ternak apa..Dengan senyum tak ikhlas saya jawab..saya nak ternak arnab.Jawapan mereka dengan muka konpius ..eh..ada masa depan ke arnab ni..boleh dapat untung ke..buat masa ini pinjaman yang kita berikan adalah untuk Ikan Keli,Lembu,kambing dan cendawan tiram.dah agak dah..argh..sedih..

eleh bukan heran pun esok lusa kalau biz aku dah berkembang biak ..masa tuh..orang bank merayu-rayu nak suh aku wat loan ngan deorang..pujuk hati saya..time tu..siap korang..aku bancuh cukup-cukup..tak bagi harapan langsung..kata saya didalam hati.

"Berapa untung Cik dapat sebulan jual arnab ni..tanya Hamba allah itu lagi.Kalau boleh maintain RM300 sebulan boleh la Cik cuba buat pinjaman"...Kalau dah cakap biz ni xde masa depan ada harapan ke nak lulus pinjaman...gumam hati saya sambil sepak kaki suami kat sebelah.He,He,He cuma dia yang tau apa maknenya..

em..tak pe lah En X terima kasih.buat masa ni pendapatan saya hasil jualan arnab RM bla..bla bla je..setakat RM300 tuh sap-sap sui kami boleh dapat..kata saya dengan angkuh,riak dan takburnya.Saja nak buat mereka sakit hati..Oh..biz xde masa depan ye..kalau esok lusa ada kengkawan penternak lain yang berjaya masuk Tv ke ,News paper ke,barulah Pihak Bank & kerajaan nak buka mata kot..bebel hati kecil saya.

ko neh dah tak betul ke long kata adik saya..tak dibuat orang bela arnab. seko dua boleh la..ni nak bela banyak.Ko reti ke nak bela arnab.Ko tak geli ke pegang anak arnab yang baru lahir tu,nampak anak ayam pun dah lari...penat mak ngan abah sponser ko belajar dulu.tu pembaris panjang untuk buat pelan ko,computer ko siap ada autocad klu ko tak nak aku remove autocad tuka ngan game ye,mesin taip ko..nak buat menda..

ala..pembaris tu aku bleh guna buat ukur kayu kandang,autocad aku bleh guna lukis pelan kandang,masuk line internet boleh jual arnab kat Mudah.com,mesin taip aku tuh..aku nak letak dalam almari kaca..wat kenang-kenangan..lagipun ko nampak tu aku bela 8 ekor je..dah terror sok aku bela la banyak..jawab saya dengan muka selamba badak..macam xde pe-pe je.he,he,he itu antara cabaran dari adik saya..dan sekarang saya sudah buktikan pada keluarga bahawasanya meskipun mak & abah duduk kat rumah hari-hari ada masyukkkkk..kawan mereka pun dah bertambah kebanyakannya customer arnab. Rumah saya dah tak sunyi lagi..dan akhirnya mereka-mereka yang pernah kutuk ternakan saya datang bagi sokongan ,terkejut dengan hasil titik peluh kami tidak sampai setahun.

Saya lebih suka bab pembersihan kandang,pemberian makan & minum,manakala suami saya lebih cenderung bab penyakit-penyakit arnab dan grooming session.Dia akan menghabiskan masa seharian dikandang merawat dan groom arnab dengan dibantu oleh adik saya.Bapak pengurus Adi Rabbit.

kami pernah kehilangan hampir 5 ekor arnab setiap hari.Kami pernah diketawakan em..lagi banyak kubur dari kandang tak lama lagi lingkup la nursery arnab ko..baik ko kerja ngan kerajaan bukan xde kelulusan..argh..rezeki di tangan tuhan saya cuma berusaha..Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,sehingga kaum itu sendiri mengubahnya.

Dari kesilapan kami belajar.Dari merangkak,kami bertatih seterusnya berjalan dan cuba untuk berlari..dari naik tangga,kami cuba naik lif pula..Insyaallah..kun fayakun..Pengalaman semangat kami.

dan..saya dari Town Planner bertukar menjadi rabbit planner..kami tidak malu digelar tokey arnab...pembekal plyboy..ha,ha,ha..