Thursday, March 24, 2011

Salam buat semua rakan pembaca,Disini saya sertakan gambar sebahagian ahli keluarga BBC untuk tatapan rakan semua.Ada sebahagian lagi yang belum siap make-up..jadi up load gambar yang lain akan disambung lain kali.

Baka Jersey Wooley (Chiko)

Baka Anggora
Baka Guinea Pig/Arkus/Marmud/Wonder Pet

Baka Pedaging Flemish Giant
Baka Pedaging New Zealand White
Baka Pedaging Dutch
Baka Lion Head (Anak lolo & lucy)
Baka Teddy Bear (Anak Lulu & Lilo)
Baka Lop Ear (Beyonce)

Baka Woody Toy (Woody & Wife Widy)
Baka English Anggora (Annika & Hubby Anniq)
Baka Netherland Dwarf (Alfonso De Bubu & Wife Bibi)


Baka Tempatan
































Baka Netharland Dwarf(Alfonso De Bubu & Wife Bibi)





























Monday, March 14, 2011


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.sedikit sumbangan kecil dari BBC untuk rakan pembaca.Jika kita bercakap tentang arnab automatik minda terakam gambar arnab kampung.Saya sendiri masa kecil memang suka pada arnab tapi tidak mampu memilikinya sndiri.Saya bukanlah lahir dari golongan berada.Jadi apabila jiran sekampung saya yang memelihara arnab mahu menjual anak-anak arnab,saya menyimpan keinginan untuk membelinya,tapi...jelingan manja abah memudarkan impian saya..em xde harapan la kak..kata adik saya.Cemburu melihat kawan-kawan lain dapat membeli dan memelihara arnab tersebut.Pada waktu itu harga seekor anak arnab hanyalah RM5.Kisah arnab berlalu begitu saja sehinggalah saya berada dialam pekerjaan & berkeluarga.Suatu hari anak sulung saya merengek minta dibelikan arnab.Saya penah berjanji akan menunaikan permintaannya sekiranya dia boleh membaca sebelum melangkah ke sekolah rendah.Balik dari tadika dia sudah meragam.Kami pergi ke Sungai Besar,tiada,terus ke Sekinchan pun masih tiada,kemudian pergi ke Teluk Intan,juga tiada..Ya Allah perut sudah lapar,hari makin petang,arnab yang dicari masih belum dapat.Susahnya mencari haiwan bernama arnab ni,tinggi betul kastanya..rata-rata kedai perlu booking dulu baru boleh dapat.Destinasi terakhir Pekan sabak Bernam,Ini tempat last kita singgah kalau tak dapat juga kita terus pergi KL.Pergh..sampai ke KL nak beli arnab.Kami masuk ke kedai, ada sepasang arnab.Ambil la murah saja RM30 seekor.huh..RM30 seko ingatkan bleh dapat RM10 seko rungut hati saya.Kami mengambil 2 ekor arnab RM60,sangkar RM60,bekas makan/minum RM3,makanan RM3 jumlah bersih pelaburan untuk anak hari ini RM126.

Anak dan tauke kedai tersenyum panjang.cuma suami saya tak berapa nak senyum.bermula dengan 2 ekor,kami tambah menjadi 8 ekor.Kami sekeluarga mempunyai hobi yang sama,memelihara arnab.sebagai mengingati peristiwa sehari suntuk mencari arnab kami abadikan nama anak saya didalam email.www.aranab.dira@yahoo.com.my BBC adalah singkatan untuk Bunnies Biz Centre satu syarikat kecil yang ditubuhkan pada 2 september 2009.Pada hari ni saya mempunyai hampir 15 species antaranya woody toy,teddy bear,english anggora,lop,nedharland dwarf,dutch,local,flemish giant,lion head,chakered giant,angora,new zealand white,rex,rexa dan guinea pig.Mak saya kata bela arnab senang,lapar senyap,kenyang pun senyap,tak banyak ragam.betul lah tu...